FORMAT PERTANDINGAN
KUIZ MINI ULUL ALBAB
TARIKH CADANGAN : 13 SEPTEMBER
2014 (KUIZ BERTULIS)
14 SEPTEMBER 2014 (KUIZ LISAN)
PENYERTAAN : SEMUA
MRSM (KECUALI MRSM UA)
PERTANDINGAN
KUIZ BERTULIS
1)
Penyertaan
Penyertaan terdiri daripada
seorang wakil dari setiap MRSM bukan Ulul Albab. Terbuka kepada pelajar
tingkatan satu hingga tingkatan lima.
2)
Objektif Pertandingan
·
Melahirkan pelajar yang menghafal dan memahami ayat Al-Quran
3)
Skop Soalan:
a.
Skop soalan Sains Al-Quran: Berdasarkan ayat hafazan mini Ulul
Albab iaitu Juzuk 30, Surah Yasin, Sajadah, Al-Mulk dan Insan.
i.
Contohnya : Nyatakan potongan ayat Al-Quran yang menjelaskan
berkaitan matahari yang berjalan di atas orbitnya di dalam Surah Yasin.
b.
Skop Soalan Ulum Al-Quran adalah berpandukan silibus Pendidikan
Al-Quran dan Sunnah Tingkatan 4 & 5 dan juga pengetahuan am berkaitan
dengan ilmu Pengantar Al-Quran.
i.
Contoh soalan: Terangkan dua perbezaan antara ayat Makkiah dan
ayat Madaniah.
c.
Pelajar akan diuji berkaitan kefahaman dan maksud ayat al-Quran
yang dihafal dan segala pengetahuan am yang berkaitan dengan ilmu Sains
Al-Quran.
4)
Perjalanan Kuiz
a.
Pelajar akan duduk di bilik peperiksaan
b.
Kertas soalan berbentuk
objektif dan subjektif akan diedarkan. Pelajar diminta menjawab di
kertas soalan.
c.
Jawab semua 50 soalan dan masa yang diberikan adalah dua jam.
d.
Peserta yang menghantar awal akan dicatat masa penghantaran kertas
jawapan. Jika markah yang diperolehi oleh peserta sama, maka hakim akan merujuk
kepada masa penghantaran kertas jawapan.
5)
Format Penilaian
a.
Juri wakil dari beberapa buah maktab akan dipilih yang akan
menanda kertas jawapan, membuat penilaian dan memilih pemenang.
b.
Lima orang pelajar yang mendapat markah tertinggi dalam ujian
bertulis akan dipilih untuk ke peringkat akhir (kuiz lisan)
KUIZ
LISAN (PERINGKAT AKHIR)
1)
Lima peserta terbaik kuiz bertulis akan dipilih untuk menyertai
kuiz lisan peringkat akhir
2)
Kuiz lisan mempunyai 5 pusingan soalan. Skop Soalan adalah sama
seperti Kuiz Bertulis.
a.
Pusingan Pertama : Peserta akan ditanya soalan yang memerlukan
jawapan Ya/Tidak.
b.
Pusingan kedua : Peserta dikehendaki menjelaskan maksud Istilah
dan ilmu berkait ulum Al-Quran.
c.
Pusingan ketiga : Peserta akan ditanya berkaitan ilmu Sains Al-Quran.
d.
Pusingan keempat : Peserta akan ditanya maksud ayat berkaitan
dengan Sains di dalam Al-Quran.
e.
Pusingan ke lima : Peserta akan diminta membacakan ayat al_quran
berkaitan dengan Sains di dalam Al-Quran.
3)
Pusingan 1 hingga 3 akan ditanya secara bergilir.
4)
*Pusingan 4 dan 5 akan ditanya secara terbuka kepada semua
peserta.
5)
Setiap soalan yang dijawab
dengan tepat akan diberikan 10 Markah.
6)
Peserta yang tidak dapat menjawab soalan akan dibuka kepada
peserta yang lain untuk menjawab. Jika jawapan yang diberikan oleh peserta yang
diberikan peluang memberi jawapan yang salah maka 5 markah akan dipotong kepada
peserta tersebut.
7)
Peserta diberi masa 60 saat untuk mula menjawab soalan selepas
soalan dibacakan.
8)
Peserta diberi peluang untuk minta ulang semula soalan sebanyak
satu kali sahaja.
No comments:
Post a Comment