Firman Allah s.w.t. di
dalam kitab al-Quranul Karim yang bermaksud :
“Dan Kami
akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata tempat
(dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga
ternyata jelas kepada mereka bahawa al-Quran adalah benar; belumkah ternyata
kepada mereka kebenaran itu, dan belum cukupkah (bagi mereka) bahawa Tuhanmu
mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu”
(Surah
al-Fussilat : 53)
Al-Quran telah diturunkan sebelum kurun ke-15 kepada
nabi yang ummi, Nabi Muhammad s.a.w.
Di dalamnya terangkum manhaj dan syariat yang mengandungi berita-berita,
pelbagai pengetahuan yang membuktikan kebesaran Pencipta dan kelemahan makhluk.
Para ilmuan al-Quran dan saintis Islam bertanggungjawab meneroka dan
membahaskan ayat-ayat al-Quran dan kebenaran saintifiknya.
Atas kesedaran itu, MRSM Gemencheh merasa terpanggil
untuk memulakan langkah awal bagi membina generasi saintis muslim profesional
yang berkemampuan membentuk budaya fikir dan zikir berteraskan al-Quran dalam
kalangan masyarakat Islam akan datang.
Ihtifal Ulul Albab MRSM Se-Malaysia 2014 buat julung
kalinya diadakan di MRSM Gemencheh bertujuan untuk mengumpulkan para pelajar
dari seluruh MRSM bersama-sama meneroka keajaiban al-Quran.
BUTIRAN PROGRAM
Nama
Program : Ihtifal Ulul Albab Se-Malaysia
2014
Tarikh
& hari : 12 – 15 September
2014 (Jumaat – Isnin)
Tempat : MRSM Gemencheh
Penganjur : MRSM Gemencheh
Tema
: “Discover The Miraculous Nature Of al-Quran”
OBJEKTIF
·
Membina hubungan silaturahim antara institusi yang berteraskan al-Quran
dan Sains
·
Menggalakkan usaha menghafaz dan meneroka ilmu al-Quran
·
Menjadi medan perkongsian ilmu dan pengalaman antara peserta
·
Memperkenalkan MRSM Gemencheh ke peringkat antarabangsa
No comments:
Post a Comment